Wednesday, December 1, 2010

Kegilaanku.....Coach Handbag

Aku sebenarnya seorang pesakit...sakit gila shopping aka shoppaholic...hehe
Aku amat sukakan handbag, kasut, baju, tudung yang cantik2....
Jenama designer handbag yang aku paling suka adalah Coach. Of course yang authentic tau...no imitation please....:). Coach mempunyai rantaian koleksi beg yang sangat menarik, sangat gojes dan ada yg sangat catchy dan santai. Buat masa ni aku dah ada 4 koleksi Coach....emmmm, sabar je la encik suami, your wife is truly bagaholic..huhuhu. Nak tgok my coach collections..layannnnn..




Ini beg coach aku yang paling mahal setakat ni huhu..di beli from coach.com...rm1250..thru www.thecrazycoach.blogspot.com. Thanks Julia for making my dream comes true...:) Nama beg ni coach kristin signature ottoman. Nasib baik bkn ultraman..kalau tidak, abisla..abil pun nak...hehe. Beg ni actually nampak elegen, dan formal sikit...aku bawak gi opis tapi ada diantara my colleague yang kata macam nak pegi tgok org kawin..hampes..Thank you encik suami coz allowed me to grab this bag..huhu



This is my poppy pocket coach sling bag.. Adib tu sebagai model je yea..Beg ni aku beli thru www.shopmeholic.blogspot.com . Blog ni antara yang murah la kalau nak beli designer handbag..dunt worry..100% authentic item at a reasonable and bargain price..that was the tagline of the blog. Price? Rm699 je..Beg ni sesuai for both kasual and formal ...tapi lebih cun kalau bawak gi outing dan jadikan sbg sling bag..




Ha..makhluk kat atas ni dikenali sebagai wrislet..wrislet madison ni aku beli dari officemate aku, Pn Rosnah..thank you ye Pn Rosnah atas jualan wrislet ini dgn harga yg sangat best...rahsia, tak bole bgtau..takut Pn Rosnah baca blog ni..hehe...spesel harga la katakan...huhu..(jgn mare ros...). Pn Rosnah baru nak berjinak2 jadi online seller...her first customer is aku lah...ngeh..ngeh..ngeh. Wrislet ni sebenarnye birthday present aku drpd encik suami..thank you lalingggg....


Sebenarnye aku tengah tunggu lagi satu coach handbag mcm kat pic ni...as a birthday present dari encik laling ku....sbb dia ingat wrislet tu besar...huhu..nama pun wrislet encik laling...lain la kalau namanya handbag....Beg tu namanya coach mia signature c outline convertible.. sangat santai beg ni, convertible..bole jd both shoulder bag dan sling bag. Supposedly hari ni beg ni akan sampai kat tangan aku...insyaallah..dah tak sabar ni...


Haaaaaa...ini la beg terkini yang aku simpan dalam my wishlist....Coach Mia C Inlaid ...price? $458....aku kena berlapang hati, mengurut dada...pikirkan cara macamana nak pujuk encik suami ...hehe..Bkn pe, nak mintak izin tambah koleksi baru.....ya ampunnnnnnnn.....tunggu je lah..kalau jadi kenyataan,..akan ku upload di blog ini.....

Tuesday, November 9, 2010

Nabil dan Ultraman

Nabil, anak keduaku..memang terlalu obses kepada ultraman, sang wira dongeng ciptaan rakyat negara matahari terbit...boleh dikatakan semua 7 jenis ultraman dia hafal namanya...mabius, seven, gaia, cosmos dan ntah apa lagi...hari-hari tonton cd ultraman...hinggakan lagu soundtrack bahasa jepun itu pun dihafalnya.

sekarang, sikap terlalu fanatik ultraman itu telah berjangkit kepada anak ketigaku, Aqil...Ya Rabbi..boleh tak bayangkan bagaimana lintang pukangnya rumahku bila kedua beradik ini beraksi sebagai ultraman manakala seorang lagi sebagai raksasa...huhu..kecoh!

Tapi, abil pernah bertanya kepadaku.."mama, betulke ultraman tu wujud?..Ultraman kan dongeng!"...emm..abil, abil..bijak betul bersuara..dia yg tanya..dia juga yg beri jawapan...:)

Monday, November 8, 2010

Jalan-Jalan Zoo Melaka

Setelah sekian lama tak menjengah zoo Melaka...last weekend saje bawa anak-anak pergi melawat Zoo Melaka...teringat kata-kata anak keduaku, Nabil satu ketika dulu..."abil nak pergi zoo, kesian haiwan..dah lama tak jumpa abil..." huhu....

Memikirkan anak kecilku, Adib yang dah hampir mengenjak usia setahun pada 27 November ini, aku merasakan yang dia mungkin teruja kiranya melihat haiwan-haiwan yang ada di zoo, namun ternyata..dia hanya mampu membesarkan mata tika melewati kandang-kandang haiwan tersebut dengan sesekali merengek kepenatan akibat didukung.....:(
Namun berlainan pula dengan kak Yong, abil dan aqil..masing-masing menunjukkan rasa teruja apabila melihat haiwan-haiwan yg ada terutamanya ular sawa, gajah dan harimau...
Kami menaiki trem mengelilingi kawasan zoo bagi mengelakkan keletihan menjelajah sekitar habitat haiwan...tapi, punyelah lama kami berbaris menunggu trem yg tak kunjung tiba...akhirnya dapatlah jugak kami makan angin di atas trem sambil melihat haiwan-haiwan yang ada di situ....fuhh legaaaa.....
Akhirnya pada pukul 3 petang, kami menyaksikan 'animal show' yg best jgk...bertepukan dan berteriakan anak-anakku menyaksikan aksi dan gaya haiwan-haiwan comel membuat persembahan masing-masing...





Blogging for Teaching and Learning Course

Hari ini aku menghadiri kursus best iaitu 'blogging'...walaupun hakikatnya aku dah pun memiliki blog sendiri, tapi kursus ini memungkinkan 1001 information mengenai blog yg aku sendiri pun masih belum tahu...:)

Selain itu, sebagai staf UTHM ni, setiap staf perlu menghadiri kursus sebanyak 40 jam bagi memenuhi kehendak universiti atau dengan kata mudahnya.."untuk memenuhkan pengisian borang sasaran kerja tahunan (skt)".....hehehe....itu la pun tujuan aku pergi kursus ni....(jangan marah Hj. Azmi...)

How To Start....

Menjengah kembali mood 'berblogging' yg dah agak lama ku tinggalkan...jari jemari semakin kaku menekan abjad-abjad di keyboard lappy ku menyusun ayat...bagi menghasilkan satu lagi blog yang mungkin dapat menyumbangkan sedikit idea dan perkongsian pengalaman dalam meniti hidup seharian....